KUALA LUMPUR, 8 MAC: Seorang pelakon dan tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 10 Januari lalu atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di sebuah kedai vape.
JASIN, 1 FEB: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas.
KUALA TERENGGANU, 24 NOV: Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat terhadap bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC, selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada tengah malam Isnin lepas.
ALOR SETAR, 22 OGOS: Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai Raja Muda Perak pada Jun lepas.
KAJANG, 15 JULAI: Seorang lelaki didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan kematian rakannya, memiliki senapang patah dan peluru tanpa permit sah, dalam kejadian tembakan di kebun durian berhampiran Sungai Gabai, minggu lepas.
SHAH ALAM, 26 MAC: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook, Chan Eu Boon, 34, kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes dan penyerahan dokumen hari ini tanpa sebarang sebab.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Seorang pembantu kedai aksesori kereta yang videonya tular di media sosial apabila merempuh seorang penghantar makanan awal pagi ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.
REMBAU, 18 FEB: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar daripada kenderaan, di tengah lebuh raya, awal bulan ini.
KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung pembelian sebuah rumah di Rawang.
KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Akibat menceroboh masuk rumah milik ibu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lepas, seorang lelaki dihukum penjara seminggu dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.